السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamualaikum wrt wbt...
Selamat datang diucapkan kepada seluruh warga keluarga besar
"ALLAHYARHAM TN. HAJI. ABD. HAKIM BIN PELARAK"
Alhamdulillah buat julung kalinya
keluarga kita telah mempunyai blog rasmi sebagai wadah tempat berkongsi aktiviti
dan perkembangan keluarga masing-masing.
Pelbagai aktiviti keluarga dan
informasi terkini tentang keluarga kita akan diupdate di sini Insya Allah.
•
Semoga ahli
keluarga kita dapat memanfaat kan blog ini, mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim sesama kita hubungan
kekeluargaan antara adik-beradik, saudara-mara dan sepupu-sepapat di samping saling ingat-mengingati antara satu sama
lain.
•
Semoga dengan
tercatatnya senarai salasilah ahli keluarga besar Tn. Hj. Abd. Hakim Bin
Pelarak akan menjadi rujukan dan titik permulaan untuk saling mengenal sesama
keluarga serta menjadi tali silaturahim pengikat keluarga. Jika hendak
diperinci hingga generasi yang terkini sememangnya agak sukar kerana terlalu
ramai. Semakin besar sesebuah keluarga itu dari anak sampai ke cicit, sepupu menjadi dua pupu dan
seterusnya serta jarak dan waktu pula terlalu jauh atau telah berlaku perselihan faham pastinya akan terputus ikatan
kekeluargaan.
Rasulullah ﷺ bersabda :
Rasulullah ﷺ bersabda :
عن جبير بن مطعم قال : قال رسول الله (ص) , لا يدخل الجنة قاطع رحم
Maksudnya
: Daripada Jabir bin Mut’im katanya, Nabi saw bersabda : Tidak masuk syurga orang
yang memutuskan rahim . (HR Tirmizi)
•
Di harapkan
anak-anak, cucu-cicit dan generasi seterusnya akan dapat menyambung dan
merapatkan silaturrahim sedarah sedaging dari keluarga ini.
•
Marilah kita
sedekahkan al-fatihah kepada semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia
Kepada
ahli yang jauh dan dekat dipersilakan tampil ke hadapan dengan
menghubungi keluarga terdekat. Semoga silaturahim antara kita berpanjangan dan
semoga perkongsian maklumat dan berita yang
dipaparkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Diharapkan keluarga kita terus
ceria, diberkati dan dirahmati Allah swt selalu.Amin
“SALASILAH
ITU TAULADAN”
ISMAIL
HJ. ABD. HAKIM
Penaung
Keluarga
Hj
Abd Hakim & Anak Cucu
No comments:
Post a Comment