Perancangan Tahun 2021



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamualaikum wrt wbt...

PENGENALAN / TUJUAN
Menjelang tahun 2021 ini, Keluarga Tn. Hj Abd Hakim & Anak Cucu bercadang untuk menambah baik pengisian program dan aktiviti yang sedia ada. Selari dengan objektif program ini untuk meraikan dan menghimpunkan semua ahli keluarga bagi merapatkan lagi jalinan silaturrahim yang sedia terjalin, disamping memupuk semangat kerjasama dan hormat-menghormati  diantara satu sama lain.
Selaku urusetia program kami mengalu-alukan cadangan Tuan puan ahli keluarga semua dapatlah memberikan cadangan dan idea bagi menambah baik dan memperkemaskan lagi pengisian program dan aktiviti Keluarga Tn. Hj Abd Hakim & Anak Cucu pada tahun ini.
# Di mohon  siapa yang bercadang memberi pandangan dan idea bolehlah berbuat demikian dengan menghantar masej di Wassp Group keluarga. 

Cadangan program dan aktiviti sepanjang Tahun 2021

Bil
Perkara
Pencadang
1.
Cadangan Hari Keluarga 2021 di Port Dickson
-Tarikh belum di putuskan lagi (perlu dibincangkan supaya tidak bertindih dengan program lain)
-Dalam usaha membuat kutipan tabung dana keluarga oleh bendahari Rahimah Abd Rahim
(kutipan dana 1 keluarga yg berkahwin RM 100.00)
Nazim Razali
2.
Membuat  Carta Salasilah Keluarga Besar
Tn. Hj Abd Hakim & Anak Cucu
-Sedang dalam usaha mengumpul maklumat dari ahli keluarga
Ismail Abd Hakim
3.
Gotong royong membersihkan kawasan & membuat penandaan baru ( kepuk  ) pada kubur Allahyarhamah Minang Binti Ahmad yang usang supaya senang untuk waris menziarah.
-Dijangka sebelum masuk bulan puasa
Ismail Abd Hakim
4.
Program Hari Raya Aidilfitri Perdana & Marhaban  dari rumah ke rumah Pakcik Makcik
 -Pada hari raya aidilfitri
Ismail Abd Hakim
5.
Program Korban Perdana
-Pada hari raya aidil adha.
-Dalam usaha membuat kutipan pada yang berminat oleh bendahari Rosliza Kanini
(1 Bahagian RM 800.00)
-SDA-
6.
Mesyuarat Tahunan Keluarga Tn. Hj Abd Hakim & Anak Cucu
-Tarikh belum di putuskan lagi
-SDA-
7.


Semoga dengan usaha ini membolehkan Program dan Aktiviti kekeluargaan ini akan bertambah baik dan lancar  sekali gus berjaya mencapai objektif.
Semoga perkongsian maklumat dan berita yang dipaparkan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Sekian Terima kasih

 Disediakan Oleh
 Setiausaha
 Jawatankuasa Program

________________________________________
KERTAS KERJA HARI KELUARGA
TN HAJI ABD. HAKIM BIN PELARAK
KALI KETIGA / 2021-2022
Cadangan Hari Keluarga 2020 di Port Dickson

1.CONTOH :  AHLI  JAWATAN KUASA HARI KELUARGA  HJ. A HAKIM
Pemilihan Jawatan Kuasa Baru Keluarga Hj Abd Hakim 2020-2021
Perlantikan Jawatan Kuasa akan dilantik setiap 2 tahun (1penggal) secara undian.
Tujuan:
1)      Memberi peluang kepimpinan baru dengan idea dan perancangan baru
2)      Memberi peluang pelapis generasi muda mengetengahkan bakat kepimpinan

Jawatan
Tugas & Peranan
Penaung:
_________________________
- Pelindung dan penjaga imej kelab keluarga
- Mengariskan matlamat dan sasaran objektif kelab keluarga tercapai
- Membuat pemantauan keseluruhan tentang tugas, peranan dan tanggungjawab serta persediaan dan persiapan JK induk
Penasihat :
_________________________
- Menyumbang Idea memantapkan kelab keluarga
- Memberi pandangan dan nasihat jika diperlukan
- Menasihati dan mengingatkan semua AJK tentang tugas, peranan dan tanggung- jawab
Pengerusi :
_______________________
-Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, perancangan program dan aktiviti.
-Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti
-Menjadi pengerusi majlis mesyuarat tahunan keluarga menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat.
-Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan
- Memilih dan menentukan usul tema Hari Keluarga ( Warna tema jika ada baju)
Timbalan Pengerusi :
a) ________________________
b) _________________________
-Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.
-Memangku tugas pengerusi semasa ketiadaannya.
-Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan Mesyuarat Tahunan keluarga
Setiausaha :
a) ________________________
b) ________________________
-Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat
-Mencatat dan menyedia serta mengedarkan minit-minit mesyuarat kepada ahli
-Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat.
-Membantu penyelarasan dalam urusan program hari keluarga
Bendahari :
a) _______________________
b) _______________________
-Mengutip yuran dari ahli dan merekod nama pembayar
-Bertanggungjawab dalam urusan perbankan
-Menerima anggaran perbelanjaan dari jawatan kuasa kecil lain mengikut budjet yang akan dikeluarkan
-Membuat pesanan barangan dan perkhidmatan mengikut keperluan
-Menguruskan semua bayaran dan perkara yang berkaitan dengan kewangan untuk program hari keluarga
- Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat dari masa kesemasa
-Menyedia dan membuat laporan akaun penamat--Melantik penyembak penyata kira-kira
-Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan Kelab keluarga
- Memastikan Duit  dana mempunyai baki dibawa ke tahun hadapan tidak kurang daripada RM 100.00.
JK Penginapan & Persiapan Tempat:
a) ___________________
b)  ___________________
- Menyelaras tempat penginapan
-Membentuk satu jawatan kuasa kecil
- Menyelaras kemudahan dan kelengkapan Contohnya Menyediakan khemah ,Meja & Kerusi untuk makanan dan minuman tempat memasak, BBQ dan sebagainya dengan kerjasama JK Teknikal
- Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada Bendahari untuk mendapatkan budjet
JK Aturcara Majlis, Persembahan & Urusetia :
a)  _______________________
b)  ______________________
c)  _______________________
Pengacara Majlis
__________________________
Urusetia / Aturcara Majlis
-Membentuk satu jawatan kuasa kecil
-Menjalankan tugas sebagai urusetia pendaftaran kehadiran peserta, Daftar penginapan, Daftar penyertaan Sukaneka dan Daftar penerima hadiah.
-Menyelaras aturcara majlis, menyedia dan mengatur jadual aktiviti dan sukaneka mengikut kesesuaian masa sepanjang program dengan kerjasama JK berkaitan
Pengacara Majlis
-Menjadi juru acara  majlis dari awal hingga ke akhir majlis
-Membuat pengumuman kepada peserta
JK Keagamaan :
a) _______________________
b) _______________________
-Menyelaras aktiviti Kerohanian
-Menyediakan teks bacaan doa.
-Memimpin Sholat Jemaah, doa selamat, tahlil arwah dan lain-lain urusan


JK Sukaneka & Rekreasi:
a) ________________________
b) ________________________
c) ________________________
d) ________________________
- Membentuk satu jawatan kuasa kecil Pertandingan dan Pengadilan
- Merancang aktiviti sukaneka,
Jenis permainan dan persediaan alatan untuk acara sukaneka
-Memberi taklimat kepada para pembantu pertandingan berkenaan cara permainan & guna peralatan dan cara pengadilan dibuat.
-Mengedar serta mendapat borang penyertaan peserta sukaneka mengikut kategori.
-Memastikan keadaan tempat sukaneka dalam bentuk yang sempurna lengkap dan sedia untuk digunakan
- Menyelaras acara senaman aerobik
- Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada Bendahari untuk mendapatkan budjet
JK Pendidikan:
a) ________________________
b) ________________________
- Menyelaras Aktiviti Pendidikan semasa program Hari Keluarga sbg contoh pertandingan melukis /mewarna, melukis pokok keluarga  atau membuat kad ucapan kreatif keluarga
- Peralatan melukis perlu disediakan
- Senaraikan nama penerima Cenderahati
a) Anak cemerlang dalam pelajaran
b) Anak masuk sekolah darjah satu / masuk pengajian tinggi.
- Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada Bendahari untuk mendapatkan budjet
JK Kebajikan & Khairat:
a) _________________________
b) _________________________
- Menyelaras majlis sambutan harijadi
acara memotong kek.
- Senarai nama penerima Wang Sumbangan
a) Khairat kematian - RM 100.00
b) Bantuan rawatan , kemalangan dan bencana
-Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada Bendahari untuk keluarkan budjet
JK Sumbangan & Hadiah :
a) __________________________
b) __________________________
c) __________________________
- Menyediakan hadiah dan cenderamata
-Membentuk satu jawatan kuasa kecil
- Menguruskan dan mencari sumbangan daripada penaja.
-Menyelaras majlis penyampaian hadiah dan cenderamata supaya berjalan lancar
- Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada Bendahari untuk keluarkan budjet
JK Kebersihan, Keselamatan & Kecemasan :
a) __________________________
b) __________________________
-Menjaga aspek keselamatan sepanjang program dijalankan
-Bersedia memberi pertolongan cemas / rawatan yang perlu ( Sediakan Kotak First Aid Kit )
- Berkerjasama dengan JK Logistik bagi memastikan perjalanan konvoi selamat sampai.
-Memastikan tahap kebersihan tempat terjaga 
sebelum, semasa dan sesudah program berlangsung
JK Peralatan .Teknikal & Siar raya:
a) _________________________
b) _________________________
-Menyediakan segala alatan keperluan berkaitan teknikal dan siar raya
bagi melicinkan perlaksanaan program dengan kerjasama JK berkaitan
(Kelengkapan PA Sistem, extension wire)
( Tempat, peralatan memasak, gas dan tempat BBQ)
-Sentiasa bersedia sebagai Technician kerosakan
 jika diperlukan sepanjang program
- Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada Bendahari untuk keluarkan Budjet
JK Logistik & Pengangkutan
a) __________________________
b) __________________________
c) ___________________________

- Menguruskan kenderaan jika diperlukan
-Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
- Mengurus kelancaran dan keselamatan perjalanan konvoi /Marsyal perjalanan/ tempat berkumpul & singgah RnR
-Mengagihkan Sticker Konvoi pada cermin kereta (jika ada)
-Lain-lain urusan yang bersangkut paut dengan logistic dan kenderaan.
JK Makanan & Minuman / BBQ :
a) ___________________________
b) ___________________________
c) ____________________________
e) ____________________________
f) _____________________________
g) _____________________________
-Menyelaras Makan minum
-Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
-Menyediakan menu makanan dan minuman yang bersesuaian dengan bajet
-Menyenarai  barangan mentah yang diperlukan
- Menyediakan anggaran perbelanjaan kepada jawatan kuasa kewangan
- Pergi belanja barang dapur ( dapatkan bantuan dari JK Logistik)
-Menyediakan dan Mengawasi kesempurnaan makanan dan minuman.
-Mengagihkan tugasan penyediaan
memasak (sarapan pagi, tengahari, minum petang,   makan malam dan BBQ)
JK Fotografi & Multimedia :

-Juru Fotografi mengambil gambar-gambar & Video untuk dokumentasi.
- Publisiti melalui admins  wassp
- Design baju
- Menyediakan Banner  / bunting Family Day

2.CONTOH :  Cara Kutipan duit  Dana

Bendahari :
Tn Hj Abd Rahim B Karim
     Rahimah Binti Hj Abd Rahim
   
Keluarga Hjh. Habsah
1)Hjh. Habsah
2)Roslizah
3) Razali
(R RM 300.00
Keluarga Hjh Jamaliah
4)Hjh. Jamaliah
5)Zamrina
6) Hj Md Idros
7) Zurinah
8) Norhaizam
9) Hafizam
10) Norzurain
11) Syafiq
RM 800.00
Keluarga Hj. Abd Marof
12) Hj Abd Marof 
13) Mariaton
14) Rahayu
15) Malinda
16) Mazlan
17) Rashidah
18) Mahadir
19) Mohd Mazhan
RM 800.00
Keluarga Hjh Fatimah
20) Hjh Fatimah
21) Rahimah
22) Rahiman
23) Rafidah
24) Rafizan
RM 500.00
Keluarga Ismail
25) Ismail
26) Afzainizam
27) Iskandar
RM 300.00
Keluarga Rokiah
28) Rokiah
29) Sharumi
30) Siti Harfah
31)  Shaliza
32) Siti Maryam
RM 400.00
Jumlah Dana Terkumpul
RM 3200.00
( Jumlah di atas hanya contoh  anggaran kasar kalau kutipan dana 1 keluarga yg berkahwin RM 100.00….  Jika kita ada 32 family X RM 100  duit tabung kita sebanyak RM 3200.00)

  3. CONTOH : Tentetif/ Aturcara Majlis

Hari pertama :
7.00 Pagi
- Konvoi Berkumpul Sebelum Bertolak
- Bacaan Doa Selamat
 2.00  Petang  
- Pendaftaran Peserta / Peserta Check in
7.00  Malam  
- Makan Malam /Solat maghrib berjemaah

- Tahlil & Doa Arwah

-Solat isyak berjemaah
Hari Kedua :
7.00  Pagi 
- Senaman Aerobik

-Sarapan & santai
9.00 Pagi
- Ucapan Perasmian oleh Penaung
- Amanat kepada Ahli oleh Penasihat
- Mesyuarat Tahunan Keluarga oleh Pengerusi
- Perancangan Tahun Hadapan
- Pemilihan Jawatan Kuasa
1.00 Tgh
- Makan Tengahari / Solat Zohor berjemaah
2.00 Petang
- Acara Sukaneka
5.50 Petang
- Minum Petang / Solat Asar berjemaah

- Santai
7.00 Malam
- Solat maghrib berjemaah
8.30 Malam
-Solat isyak berjemaah

- Doa Kesyukuran
- Makan Malam dan BBQ/
- Sambutan Hari Jadi
- Penyampaian Hadiah,
- Tukar-Tukar hadiah & Cabutan Bertuah   
Hari Tiga :
7.00  Pagi 
-Sarapan & santai
12.00 Tgh
- Check Out


  3. CONTOH : Acara Sukaneka/ Cabutan Bertuah

BIL
ACARA
KATEGORI KANAK-KANAK KECIL
1
Mewarna lukisan
3 Hadiah
2.
Rebut Gula-gula Terbanyak
3 Hadiah
3.
Lari bawa air dalam cawan bersimpang siuh
3 Hadiah
KATEGORI KANAK_KANAK DEWASA
1.
Mencari gula-gula dalam tepung
3 Hadiah
2.
Lari Kepit belon celah kaki & Pecahkan
3 Hadiah
3.
Isi Air Dalam Botol guna span
3 Hadiah
KATEGORI DEWASA
1.
 Makan Buah Epal Tergantung
3 Hadiah
2.
Lontar Dart pada belon
3 Hadiah
3.
Bowling Buah Kelapa
3 Hadiah
KATEGORI BERPASANGAN
1.
Lari Berpasangan 3 Kaki
3 Hadiah
2.
Sambut Belon Berisi Air Tanpa Pecah
3 Hadiah
KATEGORI WARGA EMAS
1.
Kupas Kulit Telur Terbanyak
3 Hadiah
2.
Asingkan Uncang Musang Berjanggut
3 Hadiah
KATEGORI KELUARGA
1.
Lontar Bola Ping Pong Ke Dalam Lubang Kotak Telur Berwarna
3 Hadiah
KATEGORI BERAMAI_RAMAI
1.
Kerusi Muzik
3 Hadiah
KATEGORI TERBUKA
1.
Cabutan Bertuah
3 Hadiah
2.
Tukar tukar Hadiah
Terbuka

KATEGORI & ACARA
CARA PERMAINAN
KATEGORI KANAK-KANAK KECIL
Mewarna lukisan
·         Kanak-kanak di berikan masa selama 45 minit untuk mewarna lukisan
·         Lukisan yang tercantik dikira pemenang
Peralatan: Pensil warna dan Kertas Lukisan
Rebut Gula-gula Terbanyak
·         Tabur gula-gula di kawasan lapang
·         Tiup wisel lepaskan kanak-kanak untuk berebut gula-gula tersebut.
·         Boleh masukan gula-gula dalam kocek, baju dan lain. Kalau pegang dengan tangan tak muat tangan. Tengok kreativiti mereka
·         Kanak-kanak yang terbanyak mendapat gula-gula dikira sebagai pemenang
·         Masa 10 minit
Peralatan: gula-gula
Lari bawa air dalam cawan
·         Kanak-kanak berada di garisan permulaan dan di beri satu cawan, Tiup wisel kanak celup cawan dalam baldi berisi air
·         Kanak-kanak akan berlari membawa air dalam cawan sampai ke garisan penamat dan masukkan air kedalam botol
·         Kanak-kanak akan lari semula ke garisan permulaan celup cawan dalam baldi lari semula ke garisan penamat. Isi kedalam botol.
·         Botol Kanak-kanak yang paling banyak sukatan air dikira pemenang
·         Masa 15 minit
Peralatan: Cawan, Baldi, Botol dan air
KATEGORI KANAK_KANAK DEWASA
Mencari gula-gula dalam tepung
·         Kanak-kanak berada di garisan permulaan apabila wisel di tiup. Kanak-kanak akan berlari ke garisan penamat
·         kanak Kanak-kanak perlu meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula dengan tangan harus kebelakang.
·         Alihkan gula-gula di bekas berasingan yang disediakan disebelah.
·         Kanak-kanak yang terbanyak mendapat gula-gula dikirasebagai pemenang
·         Masa 15 minit
Peralatan: gula-gula, tepung, pinggan
Lari Kepit belon celah kaki & Pecahkan
·         Kanak-kanak akan di beri sebiji belon, kemudian kepit di celah kelengkang , lari dari garisan permulaan ke garisan penamat
·         Sampai di garisan penamat, kanak-kanak dikehendaki dudukan belon hingga pecah
·         Kanak-kanak yang terawal memecahkan belon akan dikira sebagai pemenang.
·         Masa 15 minit
Peralatan: Kerusi dan belon
Isi Air Dalam Botol guna span
·         Kanak-kanak berada di garisan permulaan dan di beri satu span, Tiup wisel kanak celup span dalam baldi berisi air
·         Kanak-kanak akan berlari membawa span basah sampai ke garisan penamat dan perah span masukkan air kedalam botol
·         Kanak-kanak akan lari semula ke garisan permulaan celup span basah dalam baldi lari semula ke garisan penamat. Isi kedalam botol.
·         Botol Kanak-kanak yang paling banyak sukatan air dikira pemenang
·         Masa 15 minit
Peralatan: Span, Baldi, Botol dan air
KATEGORI DEWASA
Makan Buah Epal Tergantung
·         Ikat epal pada tali panjang  ikut bilangan peserta
·         Renggangkan tali tadi di ikat pada dua tiang atau pokok buat macam apaian
·         Peserta di minta berada di garisan permulaan dan letakkan tangan di belakang
·         Tiup wisel peserta mula lari ke epal yang di gantung dan makan epal tersebut
·         Yang paling cepat habiskan makan epal tersebut di kira pemenang
·         Masa 15 minit
Peralatan: Tali, Epal
Lontar Dart pada belon
·         Lekatkan 10 biji balon pada papan gabus polistrine dan di gantung pada  pokok
·         Setiap peserta di berikan 5 dart untuk di lontarkan dan memecahkan balon tersebut dengan jarak tertentu
·         Yang paling banyak belon pecah dikira pemenang
·         Masa 15 minit
Peralatan: Dart, Papan Gabus Polistrin, Belon
Bowling Buah Kelapa
·         Botol air mineral di susun seperti pin Bowling
·         Setiap peserta di berikan 5 biji buah kelapa untuk di lontarkan bagi menjatuhkan pin bowling botol mineral tersebut dengan jarak tertentu
·         Peserta yang paling banyak menjatuhkan botol mineral akan dikira pemenang
·         Masa 15 minit
Peralatan: Botol mineral, Buah kelapa
KATEGORI BERPASANGAN
Lari Berpasangan 3 Kaki
·         Kain diagihkan untuk mengikat kaki setiap ahli supaya menjadi kembar berpasangan.
·         Wisel di tiup Setiap kembar akan berlari bermula dari garisan permulaan menuju ke garisan penamat.
·         Kembar yang mencatat masa terpantas dikira sebagai pemenang
·         Masa 15 minit
Peralatan: Kain
Sambut Belon Berisi Air Tanpa Pecah
·         Setiap pasangan akan dibekalkan satu belon yang berisi air.
·         Tiup Wisel, Belon akan dilontar mengikut jarak yang ditetapkan.
·         Pasangan yang berjaya melontar dan menyambut belon dengan jarakyang paling jauh dikira sebagai pemenang
·         Masa 15 minit.
Peralatan: Belon dan air
KATEGORI WARGA EMAS
Kupas Kulit Telur Terbanyak
·         Peserta berada di garisan permulaan apabila wisel di tiup. Peserta akan berlari ke garisan penamat
·         Kupas telur rebus seberapa banyak yang boleh
·         Peserta yang paling banyak mengupas kulit telur tanpa cacat dan sempurna akan dikira pemenang
·         Masa 15 minit
Peralatan: Telur Rebus
Asingkan Uncang Musang Berjanggut
·         Peserta akan dibekalkan dengan satu dulang dan seuncang kekacang.
·         Peserta dikehendaki untuk mengasingkan kekacang mengikut jenisnya.
·         Perlu menggunakan daya kreativiti dengan bahan yang dibekalkan.
·         Peserta yang paling sempurna pengasingan kekacang akan dikira pemenang
·         Masa 15 minit
Peralatan: Kekacang campuran dan dulang
KATEGORI KELUARGA
Lontar Bola Ping Pong Ke Dalam Lubang Kotak Telur Berwarna
·         1 kotak telur yang diwarnakan beberapa tempat. Setiap warna memberi markah berbeza. Ada juga bahagian tidak berwarna (tak ada markah)
·         12 biji bola ping pong
·         Setiap keluarga hendaklah membaling bola ping pong tersebut 
·         Kira jumlah markah. Keluarga yang mempunyai markah terbanyak di kira pemenang 
·         Masa 15 minit
Peralatan: Kotak telur yang di warna dan bola ping pong
KATEGORI BERAMAI_RAMAI
Kerusi Muzik
·         Permainan dimulakan apabila muzik mula dimainkan.
·         Peserta dikehendaki berjalan mengelilingi kerusi (yang telah disusun secara bulatan) ikut lawan arah jam.
·         Sebaik sahaja muzik berhenti, peserta dikehendaki duduk dengan segera. Peserta yang tidak dapat duduk di atas kerusi atau duduk di atas peserta lain dikira tersingkir.
·         Satu kerusi akan dikeluarkan bagi setiap pusingan.
·         Permainan diteruskan dengan mengulangi sehingga tinggal seorang sahaja pemenang yang berjaya duduk di kerusi yang terakhir.
·         Masa 20 minit
Cabutan Bertuah
·         Setiap peserta perlu mendaftar dan masukkan nama ke dalam balang. Cabutan bertuah akan dibuat selang seli dgn acara lain
Tukar tukar Hadiah
·         Setiap keluarga perlu membawa hamper/hadiah berjumlah RM 30, kemudian hadiah akan diletakkan nombor, dan akan dicabut, kalau dapat number sama dgn hadiah sendiri perlu cabut semula

4. CONTOH : PENYATA KEWANGAN / ANGGARAN KUTIPAN DAN PERBELANJAAN

ANGGARAN KUTIPAN
A.
1 KELUARGA (  RM 100 )    32 Family  X RM100
RM 3200.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
A.
HOMESTAY
1 Buah
RM 400.00
B.
SARAPAN, MAKAN TGH, PTG, MLM

RM 1000.00
C.
HADIAH SUKANEKA
48 Hadiah
RM 700.00
D.
CENDERAHATI
32 Keluarga
RM 400.00
E.
SUMBANGAN KEBAJIKAN

RM 300.00
F.
TEKNIKAL

RM 300.00
JUMLAH
RM 3200.00





                                               PERINGATAN :
 *SETIAP KELUARGA DIKEHENDAKI MEMBAWA HAMPER/ HADIAH  UNTUK SESI PERTUKARAN HAMPER/ HADIAH.

5. CONTOH:  KALAU NAK BUAT  JAMUAN BBQ
1.     Ikan Cencaru, Kembung  (Zali)
2.     Nasi Himpit (Liza)
3.     Sambal Tumis (Mimie)
4.     Ubi Kentang/ Salad (Mazlan)
5.     Ayam (10 ekor):
-                             Zaini (2 ekor)
-                             Han (2 ekor)
-                            Mimie (2 ekor)
-                            Arfah (2 ekor)
-                           Kak Lang (2 ekor)
6.     Sos Cili/ Mayonise (Mahathir)
7.     Daging Kambing (Abg Yus)
8.     Udang / Sotong (Suri)
9.     Sosej/ Nurget (Mariam)
10.  Nasi Lemak (Cik Kemang)
11.  Nasi / Mee Goreng ( Rahimah)
12.  Laksa (Mak Yah)
13.  Air Minuman & Mineral (Rahiman)
14.  Cawan& Pinggan Polisterin, Plastik Sampah(Rafizan)
15.   Arang ( Kak Eton)
16.    Buah-Buah (Shida)
17.   Lain-lain

Contoh :  Borang Pendaftaran Peserta & Penginapan


BORANG PENDAFTARAN PESERTA & PENGINAPAN (Check In)

Nama Keluarga:


Bil

Nama
Bilik Penginapan
T.T
1.




2.




3.




4.




5.




6.




7.




8.




9.




10











Contoh :  Borang Pendaftaran Peserta Sukaneka


BORANG PENDAFTARAN AKTIVITI SUKANEKA

JENIS AKTIVITI:


KATEGORI:


Bil
Nama
Keputusan
1.



2.



3.



4.



5.



6.



7.



8.



9.



10








Contoh :  Daftar  Nama Sambutan Hari Lahir

SAMBUTAN HARI KELAHIRAN
DAFTAR NAMA MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

JANUARI
FEBUARI
MAC
APRIL




































MEI
JUN
JULAI
OGOS








































SEPTEMBER
OKTOBER
NOVEMBER
DISEMBER









































Contoh :  Borang Soal Selidik & Maklum Balas

BORANG MAKLUM BALAS
Tandakan () Pada Petak Berkenaan

Perlu
Diperbaiki
Kurang Memuaskan
Memuaskan
Bagus
Cemerlang
1
Tempat Penginapan






2
Kelengkapan Kemudahan





3
Aturcara
Program





4
Acara
Sukaneka





5
Makan Minum





Komen /Cadangan Penambahbaikan










No comments:

Post a Comment