Saturday, October 22, 2022

Majlis Pernikahan Siti Nur Syafiqah & Amirul Amin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  

Assalamualaikum wrt wbt...17/09/2022- Berlangsungnya Majlis Kesyukuran dan Meraikan Pernikahan Siti Nur Syafiqah & AmirulAmin

Semoga berbahagia sehingga Jannah.  

Tahniah Shafiee Bin Sulong  dan  Shaliza Binti Johari  terima menantu.Alhamdulillah bertambah keluarga.

 Kami semua mendoakan 

 بَارَكَ اللهُ لَكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍبَارَكَ اللهُ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْكُمَا فِيْ صَاحِبِهِ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ

"Bârakallâhu laka wa jama'a bainakumâ fî khairin. Bârakallahu likulli wâhidin minkumâ fî shâhibihi wa jama'a bainakumâ fî khairin."

" Semoga tercurah Berkah Allah bagimu. Dan semoga Allah mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan. Semoga tercurah Berkah Allah bagi  kalian berdua atas pasangannya, dan semoga Allah mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan





Saturday, September 3, 2022

Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ismail Hj Abd Hakim

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum wrt wbt...

Pada hari Sabtu 8 Ogos 2022 Telah berlangsung Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ismail Hj Abd Hakim di Rumah Kg Peradin. Alhamdulillah dapatlah berkumpul Adik Beradik semua. Semoga semuanya diberi kesihatan yang baik.. diluaskan rezeki sentiasa.. Aamiin..










Majlis Kenduri Arwah dan Bacaan Yassin di Rumah Hjh Jamaliah Binti Hj Abd. Hakim

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum wrt wbt...

Pada hari Ahad 31 JULAI 2022 Telah berlangsung Majlis Kenduri Arwah dan Bacaan Yassin di Rumah Hjh Jamaliah Binti Hj Abd. Hakim. Alhamdulillah dapatlah berkumpul Adik Beradik semua mengirat silaturahim dalam suasana gembira dan ceria…





Majlis Qurban Keluarga Zamrina Binti Hj Md Yusoff Tengaroh

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum wrt wbt...

Pada 10 JULAI 2022 Ahad (10 Zulhijjah 1443) Telah berlangsung Majlis Qurban Keluarga Zamrina Binti Hj Md Yusoff. 1 ekor lembu yang telah disembelih dan dagingnya diagih-agihkan kepada orang ramai








Program Majlis Qurban Perdana 2022

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum wrt wbt...
Alhamdulillah Syukur terlaksana hajat... Pada 10 JULAI 2022 Ahad (10 Zulhijjah 1443) Keluarga Anak Cucu Tn. Hj Abd Hakim telah mengadakan Majlis Qurban Perdana. Sebanyak 1 ekor lembu yang telah disembelih dan dagingnya diagih-agihkan kepada orang ramai.


















Wednesday, June 8, 2022

Allahyarham Kanini Bin Taloh

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un… 

Dari Nya kita datang, kepada Nya kita kembali. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Nya yang Maha Besar.

Al-Fatihah. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Kanini Bin Taloh .  Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada  petang 27 Mei 2022. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Amin.


Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan buat Keluarga Allahyarham..

Percutian Keluarga Rokiah Hj Abd Hakim Ke Langkawi

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum wrt wbt... 05/Jun/ 2022-  Memasuki Fasa Peralihan Endemik, dapatlah ambil kesempatan Percutian Keluarga Rokiah Abd Hakim ke Pulau Langkawi.  Simpan kenangan disini…










Tahlil Keluarga Ismail Abd Hakim dan Mesyuarat Perlaksanaan Korban Perdana 2022

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum wrt wbt... 06/Jun/ 2022- Berlangsungnya Majlis Tahlil Perdana Keluarga Hj Abd Hakim Pelarak . Tuan Rumah kali ini adalah Ismail Bin Abdul Hakim.. Majlis Tahlil dilakukan secara sederhana dengan di hadiri sanak saudara terdekat.. 





Atas Kesempatan yang ada  juga telah di adakan Mesyuarat Persiapan Perlaksanaan Korban Perdana Keluarga Hj Abd Hakim & Anak Cucu bagi Tahun 2022. Bacaan Tahlil dan Mesyuarat  Perlaksanaan Korban Perdana  2022 juga telah di adakan secara online disiar secara langsung bagi saudara mara yang tidak dapat hadir.





Turut diadakan juga Sambutan Ulang Tahun Kelahiran  dengan mengadakan doa selamat dan pemotongan pulut kuning tanda kesyukuran dari sebelah ahli Keluarga yang lain


*AL-FATIHAH*

 ** Mudahan segala doa dan seumpama pahala bacaan ini akan sampai kepada semua Arwah yang terdahulu meninggalkan kita...