Saturday, September 18, 2021

Majlis Pernikahan Daiya & Mohammad Safiee Rahman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 Assalamualaikum wrt wbt...12/09/2021- Berlangsungnya Majlis Kesyukuran dan Meraikan Pernikahan Nurhidayah Binti Kamarozaman  & Mohammad Safiee Rahman dalam suasana norma baru. Semoga berbahagia sehingga Jannah.  Tahniah Kamarozaman Bin Abdullah  dan Rashidah Binti Hj Abd Marof  terima menantu.Alhamdulillah bertambah keluarga.

 Kami semua mendoakan 

 بَارَكَ اللهُ لَكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍبَارَكَ اللهُ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْكُمَا فِيْ صَاحِبِهِ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ

"Bârakallâhu laka wa jama'a bainakumâ fî khairin. Bârakallahu likulli wâhidin minkumâ fî shâhibihi wa jama'a bainakumâ fî khairin."

" Semoga tercurah Berkah Allah bagimu. Dan semoga Allah mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan. Semoga tercurah Berkah Allah bagi  kalian berdua atas pasangannya, dan semoga Allah mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.







Saturday, September 4, 2021

Majlis Sambutan Hari Kelahiran Ismail Bin Hj Abd Hakim ( Cik Kemang )

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum wrt wbt... 04 September 2021- Berlangsungnya Majlis Sambutan Hari  Kelahiran Ismail Bin Hj Abd Hakim (Cik Kemang)  bersama ahli keluarga. Majlis diadakan secara santai-santai sambutan kecil bersama keluarga dan anak cucu .. 

"Selamat Hari Lahir Cik Kemang! Moga selamat sejahtera Cik Kemang di dunia akhirat, dimurahkan rezki, dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dan terus menerus dalam ibadah …"









Gotong royong membersihkan Rumah Hajjah Saadiah binti Arshad (Nenek Uda)

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum wrt wbt...

Pada 24 Julai 2021  Keluarga Anak Cucu Tn. Hj Abd Hakim telah sepakat dan berganding bahu  untuk mengadakan gotong royong bagi membersihkan Rumah  Hajjah Saadiah binti Arshad (Nenek Uda)..